Springpad Bakal Menamatkan Perkhidmatan Pada 25 Jun Ini

SpringpadSpringpad merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan fungsi pengambilan-nota, selain membolehkan pengguna menyimpan dan berkongsi kandungan web melaluinya. Apa pun, dengan persaingan sengit daripada beberapa pesaing lain seperti Evernote dan lain-lain, ia dilihat Springpad menarik diri, dan mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan mereka pada 25 Jun 2014 ini.

Springpad telah beroperasi selama 6 tahun, dan dikatakan mempunyai lebih kurang 5 juta pengguna. Mereka turut menawarkan aplikasi untuk iOS dan juga Android untuk membolehkan pelbagai nota yang disimpan turut disync pada pelbagai peranti.

Pihak Springpad mengatakan yang mana dalam beberapa hari lagi mereka akan hadir dengan sebuah tool untuk mengeksport data para pengguna ke perkhidmatan lain, dan akan memaklumkan mengenainya sebaik sahaja ia tersedia.

Selepas 25 Jun 2014 nanti, semua data pengguna tidak lagi akan boleh diakses daripada Springpad. Jadi, sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Springpad, mungkin boleh bersedia untuk membuat salinan data anda, selain mencari perkhidmatan lain yang menawarkan fungsi yang lebih kurang sama sepertinya.

Nota: