Spotify Ingin Memperkenalkan Perkhidmatan Muzik Percuma Pada Peranti Mudah-Alih?

SpotifySpotify telah memperkenalkan perkhidmatan muzik mereka di Malaysia pada awal tahun ini, dimana ia menyertakan penstriman muzik percuma pada desktop dan melalui web. Kini, nampaknya sokongan tersebut mungkin akan diperluaskan pada peranti mudah-alih.

Pada hari ini, pengguna diperlukan membayar RM14.90 untuk mengakses perkhidmatan Spotify pada peranti mudah-alih mereka.

Mengikut apa yang dikatakan, Spotify bakal hadir dengan perkhidmatan percuma dan berkemungkinan besar ia akan dilengkapi dengan iklan – lebih kurang sama dengan versi desktop.

Pengenalan ini mungkin akan memberikan kelebihan kepada Spotify, sekaligus terus mengukuhkan kedudukan mereka jikalau dibandingkan dengan Deezer dan juga Rdio. Versi percuma ini juga mungkin akan membawakan beberapa kekangan berbanding versi langganan berbayar.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Spotify berkenaan ini tidak lama lagi.

Nota: