Spotify Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih SoundCloud

SoundCloud merupakan salah satu platform yang digunakan ramai untuk berkongsi muzik yang dihasilkan, selain daripada podcast dan sebagainya. Ia telah diperkatakan sebelum ini yang mana perkhidmatan popular berkenaan sedang mencari pembeli untuk terus beroperasi seperti biasa.

Kini, laporan daripada Financial Times mengatakan pihak SoundCloud dalam proses perbincangan bersama Spotify untuk pengambil-alihan. Seperti ramai sedia maklum, Spotify merupakan perkhidmatan yang paling popular dalam arena penstriman muzik, dan pengambil-alihan SoundCloud akan membawa beberapa kelebihan termasuk akses kepada pelbagai podcast disamping memudahkan lagi pengguna dalam menghasilkan kandungan audio mereka tersendiri.

Disamping itu, memandangkan ramai penerbit muzik berkongsi muzik yang dalam pembangunan di SoundCloud, maka ini juga akan membolehkan Spotify untuk menawarkan akses awal kepada pendengar untuk sesuatu muzik yang sedang dalam proses penghasilan – dan terus mendengarnya apabila diterbitkan kelak.

Seperti biasa, buat masa ini ia dilaporkan sekadar perbincangan awal sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada pengambil-alihan ini akan berlaku atau sebaliknya.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: