Spesifikasi Untuk Galaxy S5 Mini Tertiris – Akan Menggunakan Skrin Bersaiz 4.5-inci

Telah menjadi tradisi Samsung untuk memperkenalkan variasi bersaiz mini untuk peranti utama mereka, dan Galaxy S5 yang akan mula dijual pada minggu hadapan turut akan mempunyai “adik”-nya tersendiri, dikenali Galaxy S5 Mini.

Telefon pintar berasaskan Android 4.4 KitKat ini kelak akan menggunakan angka model SM-G800, dimana ia akan menggunakan skrin bersaiz 4.5-inci Super AMOLED dengan paparan 720p, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon (berkemungkinan Snapdragon 400), memori 1.5GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan juga sokongan IR Blaster.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Samsung akan menyertakan fungsi seperti kalis air, dan beberapa sensor yang disertakan pada Galaxy S5 didalam peranti ini ataupun tidak.

Harga dan tarikh pelancarannya juga tidak diketahui lagi buat masa ini. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya selepas pelancaran rasmi Galaxy S5 kelak.

Nota: