Spesifikasi Huawei Ascend P7 Mini Tertiris Ke Arena Web

Seperti kebanyakan pengeluar, Huawei turut tidak ketinggalan untuk menghadirkan peranti versi “mini” sebagai alternatif bagi peranti flagship keluaran mereka. Selepas spesifikasi Huawei Ascend P7 tertiris ke arena web sebelum ini, kini spesifikasi Ascend P7 Mini turut tertiris dan hadir dengan sedikit perubahan dari segi fungsi.

Dikongsikan oleh laman GSM Insider, Ascend P7 Mini bakal membawakan skrin 4.5-inci dengan paparan qHD (960×450), cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz Snapdragon 400, RAM sebanyak 1GB, kamera belakang 8-megapiksel, dan kamera hadapan 5-megapiksel.

Ascend P7 Mini

Turut tidak ketinggalan ia bakal didatangkan dengan muatan dalaman sebanyak 8GB, sokongan memori luaran melalui kad microSD, kapasiti bateri sebesar 2000 mAh, sambungan pantas LTE, dan menjalankan Android 4.3 Jelly Bean sebagai sistem operasi utama.

Huawei Ascend P7 Mini dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan dan bakal membawa harga sekitar 250-300 Euro (~RM1129-1349).

Nota: