Sony Xperia Z2 Akan Ke Malaysia Pada Bulan April 2014

Sony Mobile hari ini telah berkongsi beberapa perancangan mereka untuk tahun ini, dimulakan dengan pengenalan salah satu telefon pintar terbaru mereka yang diperkenalkan minggu lepas, iaitu Sony Xperia Z2.

Sony Xperia Z2

Sony Xperia Z2

Sony Xperia Z2

Sony Xperia Z2 membawakan rekaan ikonik daripada Sony, disamping ditambah baik dengan pelbagai perkara baru, termasuk sokongan rakaman 4K dan juga Digital Noise Cancellation. Dari segi spesifikasi, telefo pintar ini membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, kamera belakang 20.7-megapixel, cip empat-teras 2.3GHz, bateri berkapasiti 3200mAh dan juga sokongan kalis air dan debu.

Menurut pihak Sony Mobile, beberapa negara di Asia Tenggara akan menerima peranti ini bermula bulan ini, dan akan memasuki pasaran Malaysia pada April 2014. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan bakal diumumkan ketika pelancaran di Malaysia kelak.

Nota: