Sony VAIO Flip Bakal Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Sejak beberapa minggu ini, pihak Sony agak aktif dalam memperkenalkan produk mereka, termasuk PlayStation 4 dan juga lensa-kamera daripada mereka. Terkini, dilihat mereka juga bakal hadir dengan komputer riba VAIO Flip tidak lama lagi.

Sony VAIO Flip PC

Sony sebelum ini telah memperkenalkan VAIO Flip pada awal September 2013 yang lepas, dimana ia membawakan rekaan komputer riba dengan skrin yang boleh dipusingkan dan digunakan sebagai tablet. Skrin juga turut boleh disuaikan untuk tujuan penggunaan, termasuk untuk menonton media dan sebagainya.

Ia hadir dalam tiga pilihan saiz, iaitu 13-inci, 14-inci dan juga 15-inci, selain mana dilengkapi dengan cip Intel Core generasi ke-4, dan pilihan kad grafik NVIDIA.

Tarikh rasmi bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Namun, pihak Sony telah mula mempromosikan komputer riba tersebut melalui laman Facebook mereka.

Nota: