Sony Smartwatch 3 Dikatakan Akan Hadir Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar

Dengan acara IFA 2014 yang bakal diadakan pada bulan September ini, pelbagai peranti baru dirancang untuk pengenalan, termasuk beberapa peranti baru daripada pihak Sony. Salah satu yang dijangka akan diumumkan adalah kemaskini kepada keluarga jam tangan pintar mereka, iaitu Sony Smartwatch.

Sony Smartwatch 3 dijangka akan hadir pada IFA 2014 ini, dimana ia dijangka akan hadir dengan beberapa fungsi baru. Salah satu yang diperkatakan adalah sokongan pengecasan tanpa wayar, sekaligus memudahkan proses anda mengecas jam tangan pintar tersebut.

Sony sedia memaklumkan sebelum ini yang mana mereka tidak akan hadir dengan peranti berasaskan Android Wear dalam masa terdekat – dan Smartwatch 3 ini dijangka akan kekal menggunakan platform operasi daripada pihak Sony tersendiri – sama seperti jam tangan pintar mereka sebelum ini.

Disamping itu, Sony Smartwatch 3 ini dikatakan akan turut dilengkapi dengan sokongan WiFi, membolehkan anda menghubungkan ia terus ke perkhidmatan atas-talian tanpa perlu melalui telefon seperti sebelumnya.

Dengan acara IFA 2014 yang bakal diadakan dalam beberapa minggu sahaja lagi, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh Sony melalui kemaskini untuk keluarga jam tangan pintar mereka.

Nota: