Sony PlayStation Akan Hadir Dengan Lima Permainan Mudah-Alih Menjelang 2018

Sony merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam arena permainan melalui PlayStation. Selain pada konsol dengan populariti peranti mudah-alih, Sony turut telah menubuhkan sebuah subsidiari khusus dinamakan sebagai ForwardWorks. ForwardWorks ini akan memfokuskan kepada hadir dengan permainan untuk peranti mudah-alih, dan menggunakan pelbagai jenama permainan popular milik mereka.

Terkini, lanjutan daripadanya, Sony PlayStation melalui subsidiari mereka, Forward Works dilaporkan akan hadir dengan lima atau enam permainan menjelang Mac 2018 kelak. Permainan ini akan ditawarkan untuk platform iOS dan juga Android.

Permainan ini akan dilancarkan di Jepun terlebih dahulu, sebelum diperkenalkan untuk negara Asia yang lain. Sony dikatakan tidak memfokuskan untuk negara Eropah dan Amerika Syarikat buat masa ini.

Selain daripada Sony, rakan senegara mereka Nintendo turut telah memfokuskan kepada arena peranti mudah-alih, dan baru-baru ini turut telah mengumumkan permainan Mario untuk iOS.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: