Sony Mengemaskini Keluarga Tablet Android – Memperkenalkan Xperia Z2 Tablet

Pada tahun lepas, pihak Sony telah memperkenalkan Xperia Tablet Z, dan hari ini, selang setahun mereka mengumumkan kemaskini kepada keluarga tablet mereka dengan mengumumkan satu lagi tablet bersaiz 10.1-inci dinamakan Xperia Z2 Tablet.

Xperia Tablet Z2

Sony mengatakan tablet ini sebagai tablet yang paling nipis di dunia dan menyertakan sokongan kalis air bersama-sama dengannya.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3Ghz, memori 3GB RAM – sama seperti Xperia Z2, skrin 10.1-inci Triluminos, dan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang.

Sony turut menyertakan sokongan audio yang lebih baik melalui penggunaan Front Surround pada ablet ini, disamping menyertakan teknologi noice-canceling.

Mungkin kita akan mendengar maklumat lanjut berkenaan tablet ini untuk pasaran tempatan pada acara Sony yang akan diadakan pada 5 Mac di Asia Tenggara.

Nota: