Sony Meneruskan Tradisi Peranti Bersaiz Kompak Melalui Xperia X Compact

Sony merupakan antara pengeluar peranti mudah-alih berasaskan Android yang sering hadir dengan peranti bersaiz kompak, tetapi mengekalkan penawaran spesifikasi tinggi. Terkini, bersempena dengan IFA 2016, Sony telah memperkenalkan Xperia X Compact yang meneruskannya, tetapi dengan sedikit perubahan.

Berbeza dengan sebelum-sebelum ini, Xperia X Compact bukanlah merupakan versi kompak untuk Xperia XZ, sebaliknya lebih kepada versi kompak siri-X sebelum ini. Ia hadir dengan skrin 4.6-inci pada paparan 720p, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 650.

Selain daripada itu, ia menawarkan sokongan seumpama Xperia XZ, iaitu menggunakan memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 23-megapixel, dan pengecasan berasaskan USB-C. Peranti ini turut menyertakan sokongan autofokus berasaskan lazer, selain sensor RGBC-IR yang merakamkan lebih banyak cahaya termasuk cahaya infra-merah.

Sony masih tidak memberikan sebarang harga untuknya lagi, dan menyasarkan untuk memasarkannya dalam bulan ini.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: