Sony Memperkenalkan Xperia XZ – Bolehkah Ia Memenangi Hati Pengguna Kembali?

Sony pada tahun ini telah memfokuskan kepada keluarga peranti baru, iaitu Xperia X. Beberapa peranti telah diperkenalkan dibawah keluarga berkenaan, dan hari ini bersempena dengan IFA 2016, Sony telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka, dinamakan Xperia XZ.

Xperia XZ hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci pada paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 820, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan.

Melengkapkan peranti ini adalah kamera hadapan 13-megapixel dengan ISO sehingga 6400, dan juga kamera belakang, dan kamera belakang 23-megapixel dengan sokongan PDAF.

Seperti Xperia X sebelum ini, ia menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi, dan turut membawakan rekaan ikonik Sony melaluinya. Tiada penambahan drastik pada antaramuka yang dibawakan melalui peranti ini.

Jikalau dibandingkan dari segi spesifikasi, ia boleh dikatakan agak kebelakang sedikit – selain hanya menggunakan cip Snapdragon 820 dan kamera bersensor besar. Walaubagaimanapun, bagi peranti Sony, salah satu fokus yang menarik adalah masa bertahan bateri. Namun, agak mengecewakan ia tidak membawakan sokongan kalis air seumpama siri Xperia Z sebelum ini.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Sony dijangka memasarkannya bermula bulan Oktober kelak.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: