Bersama-sama pengenalan kemaskini pada rekaan PlayStation 4, pihak Sony turut mengumumkan satu lagi variasi konsol baru mereka untuk pengguna yang inginkan paparan grafik pada resolusi lebih tinggi – dinamakan sebagai PlayStation 4 Pro.
PlayStation 4 Pro memfokuskan kepada sokongan paparan 4K dan juga turut menawarkan paparan HDR melaluinya. Untuk menjayakan perkara ini, PlayStation 4 Pro menggunakan cip pemprosesan dan grafik lebih berkuasa serta menyertakan ruangan storan terbina 1TB.
Walaupun ia menawarkan paparan pada resolusi yang lebih berkuasa, namun pihak Sony menekankan yang mana semua permainan boleh dimainkan pada konsol sedia ada – malah semua komuniti adalah disatukan, membolehkan pemain PlayStation 4 Pro dan PlayStation memainkannya pada masa yang sama.
Bersama-sama dengan pengumuman ini, pihak Sony turut berkongsi pentas dengan beberapa penerbit permainan, dan memperlihatkan demo untuk sejumlah permainan termasuk Deus Ex : Mankind Divided, Spider-Man, Call of Duty, Horizon Zero Dawn, dan beberapa yang lain.
PlayStation 4 Pro akan mula ditawarkan bermula 10 November 2016 kelak. Kami akan membawakan info berkenaan penawaran konsol 4K ini untuk pasaran tempatan lewat hari ini.
Widget not in any sidebars