Sony Memperkenalkan Core Untuk Merekodkan Aktiviti Kecergasan Anda

Selain daripada telefon pintar bersaiz mini, pihak Sony turut sama hadir dengan peranti-boleh-pakai mereka yang mana dinamakan sebagai Core dan juga SmartBand.

Sony Core

Menjadi fokus utama adalah “Core” yang mana berfungsi untuk mengesan pelbagai gerakan anda seperi langkah yang diambil, nilai kalori dan sebagainya, lebih kurang seperti fitness tracker yang lain. Ia kemudian di log menggunakan sebuah aplikasi dinamakan sebagai LifeLog untuk membolehkan pengguna melihat aktiviti mereka.

Untuk menggunakannya, ia diletakkan pada SmartBand dan dipakai oleh pengguna. SmartBand hadir dalam bentuk aksesori dan menurut Sony, Core ini turut boleh dihubungkan dan dipakai pada aksesori pihak ketiga yang lain. Info lanjut berkenaan dengan Core dan SmartBand ini dijangka akan dikongsikan oleh Sony pada acara MWC akan datang pada bulan Februari kelak.

Nota: