Sony Membuka Pra-Tempahan Untuk PlayStation 4 (Glacier White) – Penghantaran Bermula 9 September

Sony hari ini melalui laman Sony Store Malaysia telah mula membuka pra-tempahan untuk konsol mereka yang berwarna putih, iaitu PlayStation 4 (Glacier White). Ia ditawarkan pada harga yang sama, iaitu RM1799, dan hadir dengan beberapa hadiah khusus untuk pra-tempahan.

PS4 Putih

Untuk pra-tempahan model 500GB ini, pihak Sony menawarkan ruangan storan USB 8GB, dan juga sebuah payung PlayStation khas.

PlayStation 4 telah diperkenalkan pada tahun lepas, dimana ia membawakan pelbagai peningkatan, termasuk dari segi antaramuka, sokonga grafik dan sebagainya.

Melalui laman Sony Store Malaysia, selain daripada menawarkan ia pada harga RM1799, pengguna juga boleh mendapatkan ia dibawah pakej bayaran bulanan pada harga RM150 selama 12 bulan.

Sony PlayStation 4 berwarna putih ini akan ditawarkan di pasaran tempatan bermula 9 September ini.

Sony PS4 Putih

Nota: