Sony Membuka Pra-Daftar Minat Untuk Telefon Pintar Xperia Z2

Selang beberapa hari selepas Xperia Z2 diumumkan secara rasmi oleh Sony, kini ia dilihat halaman rasmi Sony Mobile Malaysia dikemaskini dan pihak Sony telah mula menerima pra-daftar minat untuk telefon pintar berkenaan.

Xperia Z2 Malaysia

Sony Xperia Z2 menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801, memori 3GB RAM, kamera belakang 20.7-megapixel, serta menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci Triluminous. Ia menggunakan antaramuka Sony yang dikemaskini dengan beberapa fungsi baru, disamping turut membawakan sokongan kalis air dan debu seperti beberapa peranti Sony yang lain.

Buat masa ini, tarikh pasti bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan masih tidak diketahui. Namun, pembukaan halaman pendaftaran minat ini sekaligus memperlihatkan yang mana Xperia Z2 ini akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Nota: