Sony Membawakan Cagak Lensa-Kamera QX Untuk Tablet

Lensa-kamera QX daripada Sony boleh dikatakan salah satu aksesori tambahan untuk peranti mudah-alih yang diminati ramai. Sehingga sebelum ini pihak Sony hanya memfokuskan kepada telefon pintar sahaja, dan terkini ia dilihat mereka turut menawarkan cagak lensa-kamera QX untuk tablet.

Sony Cagak-Lensa QX

Melalui cagak lensa-kamera yang ditawarkan, ia membolehkan pengguna menghubungkan dan meletakkan lensa-kamera QX pada bahagian belakang tablet dengan mudah.

Ini mungkin memudahkan kebanyakkan pengguna yang menggunakan tablet dalam merakamkan pelbagai detik kehidupan mereka, dimana menggunakan lensa-kamera QX mereka boleh merakamkan gambar yang berkualiti tinggi dengan mudah.

Buat masa ini, ia hanya diperkenalkan di Jepun sahaja, dan mungkin akan diperluaskan ke pasaran global tidak lama lagi.

Sony Cagak-Lensa QX

Nota: