Sony Membawa Telefon Anda Ke Dalam Arena Realiti-Maya Melalui AnywhereVR

Sony mempunyai penawaran set realiti-maya mereka tersendiri yang akan dijual bermula bulan Oktober kelak, iaitu PlayStation VR. Kini, sebagai salah satu persediaan untuknya, Sony turut telah memperlihatkan AnywhereVR untuk PlayStation VR.

Anywhere VR ini dibangunkan oleh Sony music Entertainment, dan membolehkan anda menghubungkan telefon anda ke antaramuka PlayStation VR, sekaligus menggunakan telefon pintar anda dalam dunia realiti-maya.

Anywhere VR dilihat ini ingin menawarkan pengalaman santai kepada pengguna, dimana mereka boleh menggunakan PlayStation VR dan mendengar lagu berserta gambar latar yang boleh menyegarkan anda. Namun, pada masa yang sama, membolehkan anda turut melihat skrin telefon pintar anda ketika menikmatinya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Sony akan melancarkannya – dan sama ada ia akan khusus untuk pasaran Jepun sahaja ataupun turut ditawarkan untuk pasaran global.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: