Sony Dilaporkan Dalam Perbincangan Dengan Microsoft Untuk Windows Phone

Beberapa desas-desus sebelum ini telah mengatakan Sony sedang merancang untuk memperkenalkan telefon pintar berasaskan Windows Phone sebelum ini. Lanjutan daripadanya, kini Sony dilihat berkongsi dengan pihak TechRadar beberapa info berkenaan dengannya.

Daripada apa yang dikatakan, Sony sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk tujuan kerjasama, termasuk Microsoft. Sony sedia bekerjasama dengan Microsoft untuk komputer riba dan sebagainya, dan tidak mustahil untuk mereka turut bekerjasama untuk Windows Phone.

Xperia X1

Ia dikatakan Sony tidak ingin fokus pada hanya satu platform sahaja, dan ingin mempelbagaikan platform yang digunakan mereka. Sebelum ini sendiri, pihak Sony pernah hadir dengan Xperia X1 pada tahun 2008 yang menjalankan Windows Mobile. Walaubagaimanapun, pada hari ini pihak Sony hanya memfokuskan pada platform Android sahaja untuk telefon pintar mereka.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat peranti Windows Phone daripada Sony pada tahun ini?

Nota: