Sokongan Suara Ke Teks Akan Hadir Ke Google Docs Tidak Lama Lagi

Google Docs VoiceGoogle Docs merupakan perkhidmatan aplikasi pejabat di web daripada Google, yang mana menawarkan kemudahan untuk menaip pelbagai dokumen dan sebagainya dengan mudah. Kini, ia dilihat Google bakal menambah salah satu fungsi baru pada Google Docs tidak lama lagi.

Fungsi yang membolehkan audio dan suara diubah ke teks itu bakal diperkenalkan kepada versi desktop Google Docs, sekaligus bakal memudahkan pengguna untuk menaip dan sebagainya.

Untuk makluman, sokongan suara ke teks telah sedia terdapat pada peranti Android, dan sejak Android 4.0, mereka turut sama telah mula menyokong input berbahasa Malaysia.

Pengenalan sokongan sama pada Google Docs, semestinya akan menambah lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan dokumen daripada Google tersebut dalam membuat pelbagai perkara.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah sokongan tersebut akan hadir kepada semua pengguna.

Nota: