Sokongan Papan Kekunci Seumpama “Swype” Akan Hadir Pada Windows Phone 8.1

Sebelum ini, kita telah sedia melihat beberapa fungsi baru yang akan disertakan pada Windows Phone 8.1 melalui penggunaan fail SDK. Namun, Microsoft nampaknya mempunyai pelbagai kejutan lain, termasuk salah satunya adalah sokongan papan kekunci seumpama “Swype”.

Bagi yang menggunakan peranti Android, mungkin sedia maklum akan dengan fungsi “Swype” ini. Menggunakannya, pengguna boleh menaip pada papan kekunci dengan “meleretkan” jari dari satu huruf ke huruf lain, sekaligus ia membentuk perkataan yang diinginkan. Demo yang diperlihatkan juga menunjukkan input emoticon dengan menggunakan papan kekunci yang sama.

Windows Phone 8.1 dijangka diumumkan Microsoft pada bulan April ini, sebelum ia diperkenalkan kepada pengguna umum sekitar Julai atau Ogos kelak.

Nota: