Sokongan Mod Untuk Fallout 4 Dan Skyrim Special Edition Untuk PlayStation 4 Ditangguh

Mod membolehkan pengguna menambah fungsi menarik yang tidak wujud pada permainan asal. Sokongan mod untuk Fallout 4 sudahpun disokong PC dan Xbox One sejak awal April lalu. Pada PlayStation 4 ia sepatutnya hadir Jun yang lalu tetapi ditangguhkan atas sebab teknikal. Batu penghalang kepada sokongan mod ialah sistem audio khas yang digunakan PS4 serta tiada sokongan tekstur yang baik. Pengguna Beta merungut permainan mengalami masalah untuk dimainkan dengan lancar.

Bathesda hari ini mengumumkan sokongan mod untuk Fallout 4 dan Skyrim Special Edition akan ditangguhkan serta merta. Tarikh bilakah ia akan muncul pada PS4 tidak diketahui. Menurut mereka ini berlaku kerana halangan dari pihak Sony. Sebagai contoh had saiz mod pada PC dan Xbox One ialah 2 Gigabyte. Pada PlayStation 4 saiz dihadkan ke 900 Megabyte.

Sebagai pemilik PS4 kami terkilan dengan berita ini. Jika anda ke YouTube anda dapat melihat puluhan mod Fallout 4 yang membuatkan permainan menjadi lebih menarik. Tetapi secara ikhlas permainan RPG seperti Fallout 4 lebih seronok dimainkan pada platform PC. Kualiti grafik lebih baik, lebih banyak hot keys dan sokongan tetikus yang tiada tolok bandingnya.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: