Sokongan Google Now Hadir Ke Desktop Melalui Chrome Canary

Google Now merupakan salah satu fungsi yang menarik pada Android, memudahkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan semasa sekitar mereka. Kini, ia turut hadir ke desktop, melalui versi pembangunan terbaru Chrome Canary.

Google Now Desktop

Menggunakannya di desktop, hanya sebahagian daripada “Cards” diperlihatkan, termasuk cuaca, skor sukan, trafik semasa, peringatan kalendar dan beberapa yang lain.

Buat masa ini, ia tidak diaktifkan pada Chrome Canary, dan memerlukan pengguna melakukannya secara manual dengan ke halaman chrome://flags/#enable-google-now dan pilih “Enable”, seterusnya memulakan semula pelayar web anda.

Nota: