Sokongan FIFA Online Untuk Windows Phone Akan Ditamatkan Pada 7 November

Windows Phone ialah sistem operasi yang semakin dilupakan. Ia kini hanya memegang 0.1% pasaran peranti pintar global. Oleh itu semakin ramai pembangun mula menghentikan sokongan kepada sistem operasi ini. Terkini EA mengumumkan sokongan untuk FIFA Online pada platform ini akan dihentikan.


Pengumuman dilakukan menerusi laman Facebook rasmi mereka. Bermula 7 November hadapan, sokongan sistem atas talian akan dihentikan. Pihak EA mengucapkan terima kasih kepada pengguna yang menyokong aplikasi ini pada peranti mudah alih Windows.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: