Sokongan Apple iTunes U Course Manager Diperluaskan Ke Malaysia

Apple terus memperluaskan satu demi satu sokongan di iTunes kepada pengguna seluruh dunia, dimana hari ini mereka mengumumkan pengenalan sokongan iTunes U Course Manager ke lebih 50 buah negara, termasuk di Malaysia.

iTunes U Course Manager

iTunes U Course Manager disasarkan kepada cikgu dan tenaga pengajar dalam berkongsi ilmu dan sumber bersama-sama kelas mereka mahupun pengguna umum menggunakan iTunes U. Platform ini juga turut menyediakan ruangan untuk para pelajar mengikuti pelbagai kandungan pendidikan daripada sekolah-sekolah terkemuka seluruh dunia, termasuk institusi pengajian tinggi dan juga universiti. Sebanyak lebih 750,000 kandungan dikatakan sedia terdapat pada koleksi iTunes U pada hari ini.

Pengenalan sokongan ini juga terus memperlihatkan fokus Apple dalam membawa iPad ke bilik darjah seluruh dunia dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Nota: