Snapchat Mengambil-Alih Syarikat Dron

Snapchat merupakan salah satu aplikasi yang popular dengan penawaran perkongsian gambar dan video yang boleh hilang dalam tempoh 24 jam. Selain daripada aplikasi berkenaan, sebelum ini, syarikat disebaliknya, iaitu Snap telah memperkenalkan sebuah kaca mata pintar. Kini, dalam terus mengukuhkan kepakaran dalam arena perkakasan, Snap juga turut telah mengambil-alih sebuah syarikat memfokuskan pembangunan dron.

Dinamakan sebagai Ctrl Me Robotics, Snap dikatakan telah mengambil-alihnya pada harga kurang daripada $1 juta. Dengan pengambil-alihan ini, semua aset syarikat berkenaan akan menyertai Snap, termasuk sejumlah pekerjanya.

Berbeza dengan syarikat dron lain, melalui Ctrl Me, mereka lebih memfokuskan untuk mengubah-suai dron bagi membolehkan ia membawa kamera untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk rakaman filem.

Sebelum ini, Snap pernah dikatakan berminat dengan arena dron, dan dengan pengambil-alihan ini, ia memberikan kepakaran untuk tujuan berkenaan.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: