SMK Balung zon larangan terbang

Utama

am@hmetro.com.my

Tawau: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mewartakan ruang udara SMK Balung Tawau kawasan larangan penerbangan TUDM supaya insiden pendaratan cemas tidak berulang.

Panglima Wilayah Udara 2 TUDM, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shabre Hussein, berkata: “TUDM berjanji kejadian seperti itu tidak akan berulang.”

Beliau berkata demikian berucap dalam Majlis Penyerahan Sumbangan TUDM kepada mangsa insiden pendaratan cemas di SMK Balung, Tawau.

Mohd Shabre berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk menjadikan sekolah berkenaan sebagai sekolah angkat.

“Sekiranya sekolah ini melakukan hari terbuka atau sebarang program membabitkan kerajaan, bolehlah jemput kami. Program sekolah angkat sudah ada dalam perancangan kami,” katanya.

Terdahulu, dalam nahas 4 Oktober lalu, helikopter Nuri TUDM mendarat cemas di SMK Balung sehingga menyebabkan 24 orang cedera, termasuk pelajar, pekerja am sekolah dan kru kapal.

Image: 
Norasikin Daineh

Tawau: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mewartakan ruang udara SMK Balung Tawau kawasan larangan penerbangan TUDM supaya insiden pendaratan cemas tidak berulang.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: