Smartphone Dan Tablet Nokia Akan Hadir Hujung Tahun 2016

Smartphone Dan Tablet Nokia

Jenama Nokia sudah tentunya memberikan kenangan bagi sesetengah orang. Ianya pernah menjadi jenama terbaik dunia dalam industri telefon pintar pada suatu ketika dahulu. Segalanya telah berubah apabila iPhone dan juga telefon pintar Android yang yang lebih mendapat perhatian pada sekitar tahun 2007 dan 2008.

Akhirnya, Mictosoft telah membeli perniaagaan telefon pintar dari Nokia dengan beberapa syarat dan terma. Antaranya seperti Nokia tidak dibenarkan menggunakan Jenama Nokia pada telefon pintar sehingga penghujung tahun 2016.

Kini waktunya hampir tiba. Nokia juga telah mengesahkan bahawa mereka akan kembali ke industri telefon pintar tidak lama lagi. Buktinya, mereka akan melancarkan 3 atau 4 smartphone dan tablet jenama Nokia bermula penghujung tahun ini. Sumber juga turut mengatakan dua dari model tersebut ialah smartphone kelas perdana dengan pemproses Snapdragon 820, skrin OLED QHD 5.2 dan 5.5 inci serta dimuatkan dengan Android terkini versi 7.0 Nougat. Ia juga akan hadir dengan rekaan logam yang premium dengan kalis air dan debu serta menggunakan sensor kamera 22.6 Megapixel.

Selain dari dua model perdana tersebut, Nokia juga dijangka akan memperkenalkan lagi dua smartphone selepas 6 bulan setetusnya. Namun dua peranti tersebut masih belum dijelaskan mengenai spesifikasi dan sebagainya. Mungkin merupakan model pertengahan.

Jadi, Apa kata anda?. Adakah anda masih berminat dengan smartphone Nokia apabila dilancarkan kelak?.

Sumber : AndroidAuthority 

The post Smartphone Dan Tablet Nokia Akan Hadir Hujung Tahun 2016 appeared first on Mesra Mobile.

| Artikel @ berita penuh

| Baca semua di BERITA

Nota: