Skype Menamatkan Sokongan Untuk Windows Phone 7, Android 2.2 Dan Symbian

Skype merupakan salah satu perkhidmatan panggilan suara dan video yang popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih. Kini, dengan pelbagai kemaskini yang ditawarkan oleh Skype, serta pengenalan beberapa fungsi baru – mereka turut mengambil langkah untuk menamatkan sokongan untuk beberapa platform yang disokong sebelum ini.

Melalui emel yang telah mula dihantar oleh Skype kepada pengguna mereka, antara peranti yang tidak lagi akan disokong oleh pihak Skype adalah untuk pengguna peranti Windows Phone 7, peranti Android 2.2 dan yang lama – serta pengguna peranti Symbian.

Skype mula menghantar emel kepada pengguna berdasarkan kepada pengguna mereka – dimana sekiranya seseorang pernah log masuk perkhidmatan Skype menggunakan salah satu platform tersebut, maka mereka akan menerima emel tersebut.

Dengan penamatan sokongan untuk platform ini, pengguna tidak lagi dapat log masuk dan menggunakan Skype pada peranti yang terlibat ini.

Nota: