Sistem Imbasan Wajah Samsung Galaxy S8 Tidak Lagi Mudah Dipintas Selepas Kemaskini

Beberapa minggu yang lalu kami melaporkan sistem imbasan wajah Samsung Galaxy S8 dapat dipintas dengan mudah menggunakan gambar statik. Video sistem biometri ini dipintas menjadi tular di arena web sejurus selepas Galaxy S8 diperlihatkan 29 Mac lalu. Semalam Galaxy S8 menerima kemaskini bersaiz sekitar 660 Megabyte. Melalui kemaskini ini sistem imbasan wajah tidak lagi boleh dipintas menggunakan gambar.

Seperti yang anda boleh lihat dari video ujian kami di atas, sistem imbasan wajah tidak membenarkan peranti dinyahkunci menggunakan hanya gambar atau video pemilik. Jadi bagi mereka yang risau kandungan peranti dapat diakses dengan hanya menggunakan gambar, kini anda boleh menghela nafas lega.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: