Siapa Lebih Layak Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2013?

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Siapa Lebih Layak Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2013? | Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 telah pun berlabuh sebentar tadi. Seperti yang kita semua sedia maklum, kumpulan Sepahtu telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 berdasarkan undian penonton.

Namun disebalik kemenangan kumpulan Sepahtu, ramai penonton menyuarakan ketidak puasan hati dengan Keputusan Maharaja Lawak Mega 2013 yang telah dimenangi oleh kumpulan Sepahtu. Ramai yang berpendapat kumpulan Bocey lebih layak untuk bergelar juara MLM2013 kerana mereka sangat konsisten dari minggu pertama persembahan lagi.

shiro mlm2013 Siapa Lebih Layak Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2013?

Shiro Naib Juara MLM 2013

Ada juga yang mengaitkan bahawa Bocey tidak berjaya menang kerana mereka bukan dari produk Astro, tetapi mereka lahir dalam dunia lawak melalui rancangan Bintang Mencari Bintang yang telah dikelolakan oleh TV3.

bocey mlm2013 Siapa Lebih Layak Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2013?

Bocey Tempat Ke-3

Dilihat juga persembahan kumpulan Shiro tidak kurang hebatnya dari minggu ke minggu mendapat pujian melambung dari pihak juri. Begitu juga dengan pasukan jambu yang dikatakan mempunyai seni lawak yang sangat berbeza dari kumpulan-kumpulan lain hanya mendapat tempat ke empat sahaja.

jambu mlm2013 Siapa Lebih Layak Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2013?

Jambu Tempat Ke-4

Berdasarkan keputusan yang telah diterima malam tadi, ramai dikalangan penonton menyuarakan pendapat supaya untuk pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 akan datang, pemilihan pemenang harus diambil kira dari dua sumber pemarkahan iaitu 50 dari juri dan juga 50 dari undian.

nabil mlm2013 Siapa Lebih Layak Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2013?

Nabil Tempat Ke-5

Walau bagaimanapun, tahniah Dr Fuh ucapkan kepada kumpulan Sepahtu diatas kejuaraan Maharaja Lawak Mega 2013 yang telah dikecapi.

Apa pula kata anda?

Sumber Gambar : Fanpage Maharaja Lawak

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Misteri Air Kolam Berubah Warna

Siapa Lebih Layak Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2013?
Dr Fuh

Nota: