Shopify Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Pada bulan Julai yang lepas, kita telah sedia melihat perkhidmatan Shopify ditawarkan kepada pengguna tempatan. Hari ini, penyedia perkhidmatan tersebut mengumumkan pelancaran rasmi untuk pasaran Malaysia.

Bersama-sama dengan pengumuman ini juga, pihak Shopify berkongsi akan yang mana mereka kini membawakan integrasi sistem pembayaran iPay88 sekaligus memudahkan proses pembayaran dikendalikan.

Bagi yang tidak mengenali akan Shopify, ia merupakan salah satu penyedia kedai-atas-talian, membolehkan para penjual menggunakan platform mereka dalam menjual produk masing-masing. Pelbagai proses dikendalikan secara automatik, serta pada masa yang sama menawarkan rekabentuk yang profesional untuk pengguna.

Melalui Shopify, ia menawarkan akses percuma selama 14 hari untuk tujuan percubaan, dan bagi mereka yang berminat, boleh melanggannya pada kadar bermula RM46 sebulan.

Baca juga:  YesLife Web Dikemaskini – Antaramuka Baru, Hadir Dengan Sokongan Panggilan Suara HD
Nota: