Sesak tiga kilometer

Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Nerus: Suasana sambutan Hari Raya Aidiladha di Terengganu semakin terasa dengan kepulangan perantau ke kampung halaman masing-masing sehingga ada yang terpaksa berhadapan kesesakan hampir tiga kilometer di Plaza Tol Kuala Terengganu, di sini.

Tinjauan Harian Metro mendapati aliran trafik bergerak perlahan bermula dari Kilometer 403.8 dari arah Utara menghala keluar ke Tol Plaza Kuala Terengganu sehingga mengakibatkan kesesakan lebih tiga kilometer.

Jurucakap Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berkata, kesesakan mula berlaku pada jam 11 pagi berikutan kebanyakan warga kota bergerak pada awal pagi.

Katanya, kesesakan sepanjang tiga kilometer itu dijangka berlarutan hingga jam 12 tengah malam ini.

“Kesesakan teruk berlaku di susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu kira-kira jam 11 pagi tadi kerana pengguna tiba di waktu yang hampir sama.

“Sebanyak empat lorong termasuk dua lorong campuran di plaza tol dibuka untuk membantu mengurai trafik ke arah keluar dari plaza tol,” katanya.

Image: 
Aslina Abu Bakar

Kuala Nerus: Suasana sambutan Hari Raya Aidiladha di Terengganu semakin terasa dengan kepulangan perantau ke kampung halaman masing-masing sehingga ada yang terpaksa berhadapan kesesakan hampir tiga kilometer di Plaza Tol Kuala Terengganu, di sini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: