Seorang dikhuatiri lemas, 6 selamat

Mutakhir

 

 

 

Georgetown: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot membawa muatan batu dinaiki bersama enam rakannya itu terbalik 1.6 kilometer dari pantai dekat Persiaran Gurney di sini, 9 malam tadi.

Dalam kejadian itu, enam lelaki berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih hilang.

Difahamkan, semua mangsa dalam perjalanan dari pantai Pulau Jerejak ke Tanjung Tokong menaiki bot membawa muatan batu.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, bot mereka terbalik dipercayai akibat ombak menyebabkan semua mereka terjatuh ke dalam laut.

Salah seorang daripada mangsa yang diselamatkan berkata, enam daripada mereka berjaya diselamatkan nelayan yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Katanya, salah seorang daripada mereka gagal diselamatkan dan dikhuatiri lemas.

 

Habis

Image: 
Rudy Syaremey Sherifuddin dan Mohd Hilmi Mahmud

Georgetown: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot membawa muatan batu dinaiki bersama enam rakannya itu terbalik 1.6 kilometer dari pantai dekat Persiaran Gurney di sini, 9 malam tadi.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


| Lagi di INSPIRASI | BERITA | TECH | BLOG

Nota: