Sengsara buah zakar terkepit magnet [VIDEO]

Utama

Guangdong, China: Tidak tahan kesakitan akibat buah zakarnya terkepit antara dua magnet, seorang lelaki merayu kepada anggota bomba supaya melakukan apa saja bagi melepaskan magnet berkenaan dengan menyatakan dia bersedia bertanggungjawab sepenuhnya.

Menurut laporan shanghaiist.com, dalam kejadian di bandar Zhongshan, Isnin lalu, pasukan perkhidmatan kecemasan menerima panggilan meminta bantuan dan 10 anggota bomba dikejar ke tempat kejadian.

Mereka terkejut mendapati seorang lelaki berusia 45 tahun dalam kesakitan yang kemudian memberitahu dia mencuba kaedah ‘terapi magnetik’ untuk merawat kelenjar prostatnya apabila dua magnet berkuasa tinggi mengepit buah zakarnya.

Kepitan magnet itu amat kuat menyebabkan lelaki itu, malah semua anggota bomba terbabit gagal meleraikannya.

Tidak tahu apa perlu dilakukan, anggota bomba membawa lelaki itu ke hospital, namun doktor juga kebingungan dan ketika mereka berbincang cara menanggalkannya, selepas empat jam tersepit, lelaki itu merayu mereka melakukan apa saja.

Anggota bomba cuba menggunakan pam hidraulik bagi memisahkan magnet namun doktor mendapati tiada ruang untuk memasukkan hujung pam.

Mereka menghubungi syarikat pengeluar magnet terbabit, namun juga gagal sehinggalah ada anggota bomba yang menyedari magnet itu tidak padu lalu mereka pemotong hidraulik memecahkan magnet berkenaan sedkit demi sedikit bagi mengurangkan daya tarikannya sehinggalah ia berjaya ditanggalkan dari buah zakar mangsa.

Doktor mengesahkan kecederaan yang dialami lelaki itu tidak akan berkekalan.

Image: 
Agensi

Guangdong, China: Tidak tahan kesakitan akibat buah zakarnya terkepit antara dua magnet, seorang lelaki merayu kepada anggota bomba supaya melakukan apa saja bagi melepaskan magnet berkenaan dengan menyatakan dia bersedia bertanggungjawab sepenuhnya.

Buah zakar terkepit magnet

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: