Semakan Keputusan STAM 2013 Online

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Semakan Keputusan STAM 2013 Online | Kepada semua pelajar yang mengambil STAM pada tahun lepas boleh lah semak keputusan secara online dan menggunakan MySMS. Apa apa pun semoga mendapat keputusan yang cemerlang inshaAllah.

Semakan Keputusan STAM 2013 Online

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 akan diumumkan pada 30 Januari ini.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan hari ini, calon yang menduduki peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 10 pagi.

“Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu dan pengumuman analisis keputusan STAM 2013 akan diadakan serentak pada hari yang sama pukul 9 pagi di Putrajaya,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 8,613 orang calon telah menduduki peperiksaan STAM 2013 di 116 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 4,094 adalah calon sekolah Kementerian Pendidikan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sebanyak 2,601 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 685 dari Sekolah Menengah Agama Rakyat, 1,185 calon persendirian manakala baki 48 calon adalah dari Sekolah Menengah Swasta.

Menurut kenyataan itu, kementerian juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi, 30 Januari dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 5 Februari ini. – BERNAMA

Kepada yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang ataupun tidak dapat keputsan yang dimahukan tidak mengapa, Allah dah tetapkan rezeki kita. Kita cuma perlu berusaha untuk mencapainya. Sekali lagi tahniah kepada semua !

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Wanita Ini Guna Rambut Sendiri Untuk Buat Sweater

Semakan Keputusan STAM 2013 Online
Beki Mustaffa

Nota: