Semak Keputusan PMR 2013 Secara Online Dan SMS

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Semak Keputusan PMR 2013 Secara Online Dan SMS | Seperti yang kita ketahui, tarikh keputusan PMR 2013 dikeluarkan pada 19 Disember 2013 ini bersamaan hari Rabu. Pastinya calon-calon Peperiksaan Menegah Rendah PMR 2013 berdebar-debar untuk menantikan keputusan peperiksaan ini. Adik Dr Fuh pon salah seorang calon yang sedang berdebar-debar menanti untuk membuat semakan keputusan PMR 2013 nanti.

Dalam satu kenyataan di sini Khamis, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan PMR 2013 di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama. Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini.

Semak Keputusan PMR 2013 Secara Online

  1. Login ke Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Surat Beranak
  3. Klik pada ruangan yang disediakan pada “SEKOLAH MENENGAH”
  4. Masukkan tahun peperiksaan (2013)
  5. Klik pada butang “Semak Laporan”

Rujuk Gambar Dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Dibawah Ini

semak keputusan PMR 2013 online Semak Keputusan PMR 2013 Secara Online Dan SMS

Semak Keputusan PMR 2013 Secara SMS

Selain daripada mengambil keputusan peperiksaan di sekolah, anda juga boleh menggunakan khidmat MySMS untuk membuat semakan keptusan PMR 2013 anda.Caranya adalah :

  • Taip [No. Mykad] <jarak> [No. Angka Giliran]
  • Hantar kepada 15888

Perkhidmatan membuat semakan keputusan PMR 2013 MySMS akan diaktifkan pada Hari Khamis 19 Disember 2013 pada jam 10 pagi hingga 25 DIsember 2013 pada pukul 11.59 malam.

Dr Fuh doakan semoga segala usaha dan penat jerih adik-adik selama ini membuahkan hasil dan berbaloi. Good Luck dari Dr Fuh!

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Gambar Puting Beliung Di Johor Dan Singapura

Semak Keputusan PMR 2013 Secara Online Dan SMS
Dr Fuh

Nota: