Sekitar Pengumuman iPad Air Dan OS X Mavericks

Sekitar Pengumuman iPad Air Dan OS X Mavericks

Pada awal pagi ini, pihak Apple telah mengambil pentas utama, mengumumkan produk-produk baru mereka, bukan sahaja dari segi hardware tetapi juga dari segi perisian.

Apple hari ini telah pun mula menawarkan OS X Mavericks untuk dimuat-turun secara percuma, selain mana turut menawarkan iWorks dan iLife secara percuma kepada pengguna Mac dan peranti iOS baru mereka.

Disamping itu, pihak Apple dilihat mengemaskini keluarga MacBook Pro, selain mengumumkan Mac Pro akan dipasarkan bermula bulan Disember.

Dari segi tablet pula, Apple telah mengumumkan iPad Air dan juga iPad Mini 2 – kedua-duanya hadir dengan skrin paparan Retina dan juga cip pemprosesan A7 64-bit.

Nota: