Satu Keluarga Malaysia Berjaya Mengembara 155 Hari Di 26 Negara

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Satu Keluarga Malaysia Berjaya Mengembara 155 Hari Di 26 Negara – Alhamdulillah akhirnya sampai juga keluarga Malaysia yang mengembara dari England ke Malaysia dengan hanya kenaiki karavan.

Berbulan-bulan juga keluarga tersebut mengembara dan setiap pekembangan keluarga tersebut di update di page mereka sendiri. Pelbagai negara mereka lalui dan dalam masa yang sama mereka menyembara.

Jamalullail Ismail, 44, (tiga, kiri) bersama isteri, Sofinee Harun, 38, (dua, kanan) serta empat anak mereka (dari kanan) Muhammad Syameem, 16, Ahmad Seif, 10, Puteri Sabeera, 17, dan Sumrah, 13, melaungkan ‘Malaysia Boleh’ selepas berjaya mengembara selama 155 hari dari England ke Malaysia dengan menaiki Karavan ketika ditemui di Taman Tema Bandar Darul Aman, Sabtu.

Enam sekeluarga itu menggunakan sebuah karavan merentasi 26 negara sebelum sampai ke sempadan negara ini di Bukit Kayu Hitam kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Jamalullail, seorang jurutera yang telah menetap di United Kingdom sejak 15 tahun lepas, berkata pengembaraan “By Road to Malaysia” itu menggunakan kenderaan karavan Mercedes Sprinter 1998 memberikan mereka pengalaman berharga.

“Suhu di Itali musim panas sampai 50 darjah Celcius, dahlah masa tu bulan puasa. Setiap negara ada cabarannya… macam di Iran kena rompak dua kali, dan hampir diculik.

“Banyak cabaran diplomatik… syukur Kedutaan Malaysia di negara-negara itu banyak menolong.

“Ada juga negara yang sepatutnya tak boleh masuk, tetapi duta di sana menggunakan kuasa diplomatik untuk membolehkan kami melalui negara tersebut.

“Ada masalah diplomatik, ada negara tak ‘friendly’,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Taman Tema Darul Aman di Jitra hari ini.

Satu Keluarga Malaysia Berjaya Mengembara 155Hari Di 26Negara2 Satu Keluarga Malaysia Berjaya Mengembara 155 Hari Di 26 Negara Satu Keluarga Malaysia Berjaya Mengembara 155Hari Di 26Negara3 Satu Keluarga Malaysia Berjaya Mengembara 155 Hari Di 26 Negara

Bagaimanapun, ada juga layanan yang baik daripada rakyat negara-negara yang dikunjungi seperti dibenarkan meletakkan kenderaan untuk tidur di stesen minyak, malah mereka disediakan makanan.

“Pengalaman saya, kita orang Malaysia ni dapat layanan istimewa. Ada sesetengah tempat orang luar susah nak masuk tetapi bila saya cakap orang Malaysia, mereka benarkan masuk,” katanya.

Katanya mereka sekeluarga membelanjakan sekitar GBP60,000 (RM315,857) untuk perjalanan itu termasuk kenderaan.

Jamalullail, yang berasal dari Teluk Intan, Perak, berkata beliau cukup gembira dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap usaha beliau menerusi Facebook.

“Dalam Facebook ‘By Road to Malaysia’ ada 21,000 followers. Takde satu pun komen negatif, semuanya positif. Ini yang menguatkan semangat kami untuk menyempurnakan usaha ini,” katanya.

Selain itu, Jamalullail juga sanggup berhenti kerja sebagai jurutera mekanikal di Seaham bagi merealisasikan hasratnya itu walaupun beliau boleh memohon cuti sabatikal sepanjang tempoh tersebut dan menerima bayaran gaji sebanyak 70%.

Sementara itu, Sofinee, yang berasal dari Perlis, berkata antara cabaran sukar dialami sepanjang perjalanan itu adalah kerana hampir semua negara, stereng kenderaan adalah di sebelah kiri.

“Semua negara, stereng kenderaan sebelah kiri kecuali United Kingdom dan Thailand (serta Malaysia). Untuk itu, sebelum memotong saya yang duduk sebelah pemandu kena tengok keadaan jalan dulu,” katanya.

p/s : Sebagai rakyat Malaysia, kami bangga dengan pencapaian keluarga tersebut.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Address

Satu Keluarga Malaysia Berjaya Mengembara 155 Hari Di 26 Negara
Emas Putih

Nota: