Samsung Meningkatkan Penghasilan Galaxy S7 Bagi Mengisi Kekosongan Ditanggalkan Note 7

Kemelut Galaxy Note 7 sudah berakhir. Bagi memenuhi permintaan pengguna untuk peranti utama Samsung untuk suku kedua 2016, Samsung dilaporkan meningkatkan penghasilan Galaxy S7 dan S7 Edge. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, mereka pada awalnya diramalkan menjual sehingga 14 Juta unit Note 7 pada suku ini. Penarikan semula peranti mewujudkan vakum di pasaran dan kerugian sehingga $17 Billion kepada syarikat gergasi Korea Selatan ini.

Dengan meningkatkan jualan S7 dan S7 Edge, mereka berharap pengguna akan memilih peranti ini sebagai alternatif kepada Note 7. Dari segi spesifikasi perbezaan di antara kedua-dua peranti adalah kecil. S7 Edge misalnya mempunyai skrin SAMOLED QHD yang sedikit lebih kecil iatu 5.5″ berbanding 5.7″. Bateri pada S7 Edge pula lebih besar. Kamera yang sama dikekalkan serta kemampuan kalis air IP 68. Perbezaan paling ketara pastinya ketiadaan S Pen dan beberapa fungsi khusus stylus ini.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: