Samsung Mengumumkan Kemaskini Tizen Untuk Menggantikan Android Pada Galaxy Gear

Samsung kini melalui laman rasmi mereka telah mengumumkan kemaskini perisian untuk pengguna jam tangan pintar generasi pertama mereka – Galaxy Gear. Memandangkan ia menggunakan nama “Galaxy”, mungkin ramai sedia maklum yang mana ia menggunakan Android, dan menariknya kemaskini baru ini mengubah ia kepada sistem berasaskan Tizen.

Penggunaan Tizen pada jam tangan pintar bukanlah sesuatu yang baru, dimana pada awal tahun ini, bersama-sama pengenalan Samsung Galaxy S5, pihak Samsung telah memperkenalkan Gear 2 dan Gear 2 Neo yang menggunakan Tizen.

Menurut Samsung, dengan menggunakan Tizen OS pada Galaxy Gear, pengguna akan boleh menikmati lebih 140 aplikasi menarik – dua kali ganda berbanding pada Galaxy Gear. Disamping itu, pengguna juga turut boleh menyimpan lagu terus pada Galaxy Gear dan memainkannya menggunakan headphone Bluetooth tanpa memerlukan peranti tambahan.

Disamping itu, kemaskini ini turut membawakan perubahan pada antaramuka, lebih banyak fungsi baru, termasuk penambah-baikkan pada fungsi kecergasan dan juga masa bertahan bateri yang lebih lama.

Samsung turut menekankan yang mana sebaik sahaja pengguna menaik taraf ke Tizen OS, mereka tidak boleh mengembalikan Galaxy Gear kepada versi Android seperti sekarang ini.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kemaskini dengan menghubungkan Galaxy Gear kepada KIES 3.0 dan menyemak sama ada jam tangan pintar anda telah menerimanya ataupun sebaliknya. Pengenalan ini telah dimulakan di Amerika Syarikat dan akan diperkenalkan secara berperingkat ke seluruh dunia.

Nota: