Samsung Menceburi Pasaran Audio Premium Dengan Level

Pasaran sistem audio premium kini diungguli oleh Beats by Dre walaupun umum diketahui ianya bukanlah fon kepala terbaik yang boleh anda miliki. Selain itu jenama lain seperti Sanheiser dan Grado juga mengeluarkan produk audio premium yang dijual pada harga yang mahal. Samsung hari ini mengumumkan mereka juga mahu menceburi bidang audio premium dengan Level. Level ialah jenama sistem audio mereka yang terkini.

Empat produk Level diperlihatkan iaitu Level Over (fon kepala tanpa wayar), Level On (fon kepala berwayar), Level In (fon telinga) dan Level Box (pembesar suara NFC). Samsung berharap kombinasi jenama Samsung dan kualiti bunyi yang premium produk Level akan membolehkan mereka bersaing dengan tiga jenama yang kami sebutkan di awal tadi. Level Over dan Level On kedua-duanya dilengkapi panel sesentuh pada bahagian tepi yang membolehkan anda mengawal tahap bunyi serta pemain muzik anda. Ianya turut direka untuk berfungsi dengan peranti pintar Galaxy Samsung. Tiada pengumuman harga setakat ini tetapi Level akan memasuki pasaran pertengahan bulan hadapan.

samsunglevel-630x277

level-over-samsung-headphones

Sumber Samsung

 

Nota: