Samsung Menawarkan Galaxy Note 3 Neo Pada Harga RM850 Dari Hari Ini Sehingga 22 Mei

Samsung Malaysia kini mengadakan promosi khas untuk Galaxy Note 3 Neo, dimana ia kini ditawarkan pada harga hanya RM850 selama tiga hari, iaitu daripada hari ini sehinggalah 22 Mei 2014 ini.

Samsung Galaxy Note 3 Neo

Galaxy Note 3 Neo telah ditawarkan di Malaysia sejak awal April yang lepas, dimana ia boleh dikatakan variasi Note 3 berspesifikasi sedikit rendah.

Galaxy Note 3 Neo hadir dengan cip enam-teras Exynos yang mengabungkan dua cip pemprosesan, iaitu cip 1.7GHz dwi-teras dan juga cip 1.3Ghz empat-teras. Disamping itu, ia turut menggunakan memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel dan juga bateri berkapasiti 3100mAh.

Samsung mengatakan mereka hanya menawarkan sebanyak 1240 unit sahaja untuk promosi ini, dan ia boleh didapati daripada Samsung Elite Partners seluruh negara. Tanpa promosi, Galaxy Note 3 Neo membawakan tanda harga sebanyak RM1699 di Malaysia.

Samsung Galaxy Note 3 Neo

Nota: