Bersama-sama pelancaran Galaxy S5, pihak Samsung dilihat turut menawarkan pelbagai ganjaran lain untuk para pembeli peranti tersebut – dikatakan bernilai sehingga RM3500.
Daripada apa yang dilihat, pihak Samsung bekerjasama dengan lebih kurang 34 rakan kerjasama – menawarkan pelbagai jenis aplikasi, dari segi permainan, memfokuskan kecergasan, majalah, berita, multimedia dan juga akses percuma ke TM WiFi selama 3 bulan.
Samsung akan mula menjual Galaxy S5 untuk pasaran tempatan bermula 11 April kelak, dimana ia akan dijual pada harga RM2399. Bersama-sama dengannya, beberapa aksesori turut akan ditawarkan, termasuk Gear 2 dan juga Gear Fit.