Samsung Menambah Peranti Bajet Pada Keluarga Galaxy – Samsung Galaxy Core Advance

Dengan tahun 2013 yang akan tamat dalam masa beberapa minggu lagi, Samsung terus menambah satu lagi peranti dibawah keluarga Galaxy, dinamakan sebagai Samsung Galaxy Core Advance.

Samsung Galaxy Core Advance

Peranti dengan spesifikasi asas ini membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, dilengkapi cip pemprosesan 1.2GHz dwi-teras, memori 1GB RAM, dan hadir dengan bateri berkapasiti 2000mAh.

Peranti yang dilihat sebagai kemaskini untuk Galaxy Core ini membawakan kamera belakang 5-megapixel dan turut dilengkapi dengan beberapa aplikasi khas daripada Samsung termasuk S-Voice, S-Translator, Easy Mode, S Beam, Group Play dan beberapa yang lain.

Harga jualannya tidak diketahui lagi buat masa ini, dan dijangka akan dipasarkan di beberapa negara pada awal tahun 2014 kelak.

Baca juga:  Adakah Samsung Akan Memfokuskan Peranti-Boleh-Pakai Dan “Rumah Pintar” Pada CES?
Nota: