Samsung Menambah Level Box Mini Dibawah Penawaran Produk Audio Premium Mereka

Samsung sebelum ini telah pun memperkenalkan keluarga produk audio premium yang dinamakan sebagai LEVEL, selain menawarkan beberapa produk melaluinya. Terkini, mereka turut menambah satu lagi peranti baru dibawahnya, iaitu Level Box Mini.

Level Box Mini

Seperti Level Box asal, versi mini ini turut boleh berhubung dengan telefon pintar, tablet, komputer riba, PC dan sebagainya melalui sokongan Bluetooth, dan berfungsi sebagai speaker mudah-alih. Perkara ini membolehkan ia bukan sahaja digunakan sebagai pemain media, tetapi turut digunakan dalam membuat panggilan berkumpulan dan sebagainya.

Level Box Mini hadir dengan speaker stereo bersaiz 55mm, dan turut dilengkapi dengan sokongan memainkan audio dalam kualiti tinggi dengan penggunaan teknologi SoundAlive. Ia hadir terbina dengan sokongan mikrofon terbina dan juga noise cancellation.

Level Box Mini

Dari segi sokongan lain, pengguna turut boleh menggunakan sokongan NFC untuk menghubungkan peranti mereka, disamping turut boleh mengawal beberapa perkara melalui butang terbina pada speaker – termasuk dari segi penerimaan panggilan telefoni. Untuk tujuan pengecasan, ia menggunakan sokongan mikro-USB dan hadir dengan bateri terbina 1600mAh.

Buat masa ini, harga jualan untuknya tidak diketahui, dan mungkin kita akan dapat melihat speaker ini hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Nota: