Samsung Menamatkan Pengeluaran Dan Penjualan Galaxy Note 7

Samsung pada awal pagi ini telah menyeru dan menyarankan pengguna untuk berhenti menggunakan Galaxy Note 7. Kini, lanjutan daripadanya, WSJ dan Bloomberg melaporkan yang mana Samsung akan menghentikan dan menamatkan peranti Galaxy Note 7 selamanya, serta-merta.

Masalah berkaitan dengan Galaxy Note 7 ini hadir apabila sejumlah peranti seluruh dunia dilaporkan meletup dan terbakar. Samsung seterusnya telah menarik kembali peranti berkenaan dan menggantikan ia dengan set baharu yang dikatakan telah dibaiki masalahnya. Namun, sejak daripada minggu lepas, beberapa peranti baru turut dikatakan terbakar dan meletup secara tiba-tiba.

Menurut WSJ, Samsung Electronics dikatakan telah mengesahkan kepada mereka yang mana Samsung tidak lagi akan mengeluarkan atau menjual Galaxy Note 7 selepas ini.

Perkara ini mungkin telah dijangka ramai memandangkan impak negatifnya yang mungkin menyukarkan proses pemasaran.

Sedang dikemaskini..

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: