Samsung Memperkenalkan Siri Produk Audio Premium “LEVEL” Di Malaysia

Samsung telah memperkenalkan siri produk audio premium mereka kepada umum, dibawah jenama LEVEL pada bulan April yang lepas. Kini, selang hampir dua bulan, Samsung Malaysia telah mula menawarkannya di pasaran tempatan.

Samsung LEVEL

Siri produk LEVEL hadir dalam empat kategori berbeza, iaitu Level Over yang membawakan fon kepala tanpa wayar, Level On yang mana merupakan fon kepala dengan wayar, Level In (fon telinga) dan juga Level Box yang mana merupakan pembesar suara NFC.

Samsung menekankan yang mana siri produk ini hadir dioptimasikan untuk digunakan bersama-sama telefon pintar dan tablet, dan pada masa yang sama menawarkan kualiti suara yang organik dan baik. Kesemua siri produk audio LEVEL juga hadir dengan sokongan membolehkan pengguna menjawab panggilan walaupun ketika sedang mendengar lagu, dan menawarkan kualiti panggilan yang baik kepada pengguna.

Samsung LEVEL akan mula dijual bermula 23 Jun ini di semua pengedar rasmi Samsung. Level Over akan dijual pada harga RM1399, Level On pada harga RM699, Level In pada harga RM559 dan akhir sekali Level Box pula pada harga RM659.

Disamping itu, bagi para pengguna yang membelanjakan RM1500 ke atas untuk produk Samsung di Samsung Experience Stores, anda turut boleh mendapatkan potongan sehingga 50% untuk produk Samsung LEVEL ini. Namun, promosi pengenalan ini hanya antara 23 Jun hingga 6 Julai sahaja.

Nota: