Samsung Melancarkan Powerbank Dengan Tali Penyangkut Dan Tongkat Peranti Terbina

Jangkahayat penggunaan peranti pintar di tahun 2017 menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Penggunaan sistem operasi yang lebih dioptimasi serta pemproses yang menjimatkan penggunaan kuasa menyumbang kepada ketahanan bateri. Namun kadang kala powerbank masih diperlukan di dalam situasi tertentu.

Tetapi jika adan sedari rekaan powerbank sedia ada masih kurang mesra pengguna. Kerap dilihat power bank terpaksa digenggam di dalam telapak tangan ketika berjalan. Ia juga digunakan sebagai tongkat ketika menonton video menerusi peranti. Oleh itu Samsung melancarkan powerbank Kettle Design yang mengintergrasikan dua fungsi di atas.

Power bank dengan kapasiti 5100 mAH ini mempunyai tali penyangkut dan tongkat untuk peranti terbina. Ketika berjalan ia boleh disangkut pada pergelangan tangan tanpa pengguna risau ia terjatuh. Tongkat terbina pula memudahkan pengguna menonton video pada sudut yang selesa. Ia mempunyai satu port USB-A dan dicas menerusi port MikroUSB. Kadar pengecasan pula ialah 5V/1.8A. Samsung Kettle Design ini mula dijual di Amerika Syarikat pada harga $29.99 (~RM 129) sebuah.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: