Samsung Melancarkan Galaxy Star Trios Dengan Sokongan Tiga-SIM

Telefon pintar dwi-SIM sedia popular di pasaran tempatan, dan kini dilihat telefon pintar tiga-SIM turut akan mendapat perhatian pengguna. Selepas beberapa pengeluar hadir dengan telefon pintar tiga-SIM, kini Samsung turut memperkenalkan telefon pintar tiga-SIM mereka dikenali dengan nama Galaxy Star Trios.

Galaxy Star Trios

Telefon pintar ini hanya diumumkan untuk pasaran Brazil sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui akan diperluaskan ke negara lain ataupun sebaliknya.

Galaxy Star Trios ini membawakan skrin sentuh bersaiz 3.14-inci dengan paparan 240×320 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 1GHz, memori 512MB RAM, kamera belakang 2-megapixel dan ruangan storan terbina 4GB. Sokongan lain seperti mikro-SD, WiFi, Bluetooth dan sebagainya turut hadir. Telefon ini menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dan juga antaramuka Samsung TouchWiz.

Telefon ini dijual pada harga $165 (~RM551) di Brazil, yang mana boleh dikatakan agak mahal. Namun, bagi mereka yang mempunyai sehingga tiga-SIM, mungkin peranti ini menjadi pilihan mereka.

Nota: